Pernah dengar Usul 20? 
Atau sekadar "macam pernah dengar tp x amik tahu la.. ngee.." (tersenyum mcm mintax pelempang)
Jom hari nie E'en nak cerita sikit pasal Usul 20.
Atau sekadar "macam pernah dengar tp x amik tahu la.. ngee.." (tersenyum mcm mintax pelempang)
Jom hari nie E'en nak cerita sikit pasal Usul 20.
Usul
'Isyrin (20) dinukilkan oleh Imam Asy-syahid Hassan Al-Banna, merupakan
antara panduan dan pemudahcara bagi memahami konsep dalam menyusuri
kehidupan sebagai Muslim yang syumul.
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
Islam
adalah satu sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam
adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan
atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan
dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah aqidah yang
benar dan ibadat yang sah.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
Al-Quran
Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi
setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah
difahami mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan
tidak pula membabi buta. Sunnah pula difahami melalui
periwayat-periwayat Hadith yang thiqah
3.
Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan
kemanisan didalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh
dijadikan dalil hukum Agama.
Iman
yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan
kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang
dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan
hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak
diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan
nas agama.
4.
Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal
ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
Tangkal, azimat, al-wad’ (sesuatu yang diambil dari laut seperti kulit
kerang untuk menghindarkan sakit mata), al-ma’rifah (mengetahui
sesuatu perkara dengan tanda-tanda awal untuk mencari barang kecurian,
tempat orang sesat dsb), kihanah
(pemberitahuan tentang perkara-perkara ghaib pada masa akan datang
atau perkara yang tersembunyi di dalam hati orang lain) dan dakwaan
mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong di dalam
perkara ini merupakan perkara mungkar yang wajib diperangi melainkan
jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma’thurah (datang dari
Rasulullah SAW).
5.
Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara
maslahat,yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
Pendapat
Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh
menerima andaian pelbagai segi dan yang berhubung dengan masalih
al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan
kaedah-kaedah syara’. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf
dan adat. Asal pada ibadat ialah ta’abbud tanpa melihat kepada
makna-makna. Dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan
tujuan.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
Setiap
orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW
yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang bertepatan
dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan sebulat hati.
Akan tetapi jika berlawanan
dengannya maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya lebih utama diikuti.
Walau bagaimanapun kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkan
keburukan peribadi-peribadi tertentu di dalam masalah yang
diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka.
Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang mereka lakukan.
7.
Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab
tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih
kuat.
Setiap
muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil
hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya
seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi mengetahui
dalil-dalilnya. Beliau
juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil
apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi
petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang
yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu
sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab
kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada
perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya.
Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu /
penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam
suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam
menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang
dicela serta taksub.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
Setiap
masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di
dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah syara’.
Di antaranya ialah banyak furu’ di dalam hukum hakam yang tidak
berlaku, melibatkan diri di dalam
makna-makna ayat Al-Quran yang ilmu belum sampai kepadanya dan
bercakap tentang kelebihan di antara sahabat R.A. dan khilaf yang
berlaku di kalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan
bersahabat dengan Rasulullah SAW dan dibalas menurut niat mereka,
tambahan pula takwil adalah dibenarkan.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
Mengenal
Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah setinggi-tinggi aqidah
Islam. Ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih serta
penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sebagaimana
ia datang tanpa takwil dan
ta’thil. Kita jangan cuba mendedahkan khilaf di antara ulama’ di dalam
masalah itu. Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
Setiap
bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang
dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama
ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang
wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga
tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri.
12. Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
Bid’ah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan
sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai
pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan
dalil dan bukti.
13.
Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh
memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada
orang lain.
Mencintai
orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap
amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh
Allah di dalam Al-Qur'an
iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Karamah yang berlaku ke
atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan
dengan dengan syara’ serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang
diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak mampu untuk memberi manfaat atau
mendatangkan mudharat ketika hidup atau pun setelah mereka mati. Mereka
juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu kepada
orang lain.
14. Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
Menziarahi
kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang
disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan
dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana
perkara tersebut, menuntut
mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar
kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur, menyelimutinya,
meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah
dan seumpamanya yang terdiri daripada perkara-perkara bid’ah adalah
dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan
amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
Berdoa
apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan salah satu
makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada masalah furu’
(cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan bukannya permasalahan
aqidah.
16.
Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu
perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.
Uruf
yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib
dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz
itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang dimaksudkan itu.
Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang sengaja
dikemukakan dengan tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara yang
bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah
sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan”.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
Aqidah
merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari amalan
anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut
oleh syara’ walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.
18. Islam mengangkat peranan akal manusia.
Islam
membebaskan aqal. Menggalakkan supaya memerhatikan alam semesta,
mengangkat kedudukan ilmu dan ulama’, mengalu-alukan sesuatu yang baik
dan bermanfaat. Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin,
di mana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak
terhadapnya.
19. Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
Boleh
jadi perkara yang diteliti oleh pandangan syara’ tidak termasuk ke
dalam perkara yang diteliti oleh pandangan aqal, begitu juga
sebaliknya. Sungguh pun demikian, pandangan syara’ dan pandangan aqal
tidak bercanggah dalam perkara-perkara
yang qath’i (muktamad dan putus). Hakikat ilmiah yang sahih tidak
bertentangan dengan kaedah syara’ yang tsabit. Perkara dzanni, dari
kedua-duanya ditakwilkan, agar bersesuaian dengan qath’i. Sekiranya
pandangan syara’ dan pandangan aqal masih berada di peringkat dzann,
maka pandangan syara’lah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah
pandangan aqal dapat mentsabitkan kebenarannya atau ia akan gugur dengan
sendirinya.
20. Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.
Kita
tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah
syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan
kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau
maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
• Mengakui kalimah kufur
• Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
• Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
• Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
• Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
• Mengakui kalimah kufur
• Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
• Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
• Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
• Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
P/S : Terasa mcm skema plak? Biasala tue.. ayat kitab.. 
0 comments:
Post a Comment