Penting Ke Facebook nie?

Saturday, November 12, 2011
Assalamualaikum w.b.t.
.........................................................................

Tunggu kejap...

Nak tanya..
Facebook nie penting ke?


Mati tak kalau sehari tak online?
Ada orang cakap...
"boley mati wo.."
tapi..mati macam mana?
ntah la.
BTW. nak announce..
Facebook.. u are..


Facebook.. Leave me alone. I'm trying to study.. Aku boleh strees bila engkau asyik ganggu aku je


study..study..study..study..study..study..study..study..study..
mumtaz..mumtaz..mumtaz..mumtaz..mumtaz..mumtaz..mumtaz..

P/s : Mood tgh tak puas hati dgn Facebook nie. Menganggu je kerjenya.. alahai..

Cerita Cantik Pada Adam.

Friday, November 11, 2011
Assalamualaikum w.b.t.
Huhuhuh..dah lama tak update blog..Lately nie, a bit busy. Well, this year tahun pertama di alam medichood nie. So kena fokus la. Anyway, enjoy this simple entry from me. Harap tak mengecilkan hati bloggers lain. If you all terasa hati,tegur ya. Don't worry, E'en makan nasi jewp, daging manusia E'en tak makan. 


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi...
Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan katakata, "Awak ni cantiklah"
maka akan menguntumlah sebutir senyuman
dibibirnya dan berbungalah hatinya...
Tersipu-sipulah ia..
 ,

Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji
 .

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.


Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu.
Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya
maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.


Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk
dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,
merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.


Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.


Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya harumnya tiada.


Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia,
taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.


Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.


Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.


Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa apa tarikan dan keindahan padanya.


Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.


Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian
dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.


Mengira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.
Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.


Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama- perlukan persediaan.


Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.


Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.


Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.


Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan,
sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:


"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan
maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53

Salam Aidil Adha 1432 H

Wednesday, November 09, 2011
Salam Aidil Adha 1432 H.
nie buat kali pertama beraya kat perantauan.
nie pic2 student Malaysia beraya kat sini.
Selamat Hari Raya Mak, Ayah, Along, Farah, Achik, Lee, and Iwan..
I Miss all of u so much..
semoga Allah SWT memberkati..
n x lupa juga...saya, Amar Fadzreen Khalid memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa hati...
0-0 erk..



 Monday 7 Nov 2011 M / 11 Zulhijah 1432 H


Membakar daging unta nak buat BBQ






 Makan...





6 Nov 2011 M / 10 Zulhijah 1432 H

 Solat Sunat Aidil Adha di istad




P/s : gambar sbnrnye banyak lagi cuma x upload agy..

i'm back... again.. InsyaAllah akan jd rajin..huhuh

Thursday, November 03, 2011
Bismillahirahmanirrahim...
Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


wah.. dah lama x memblonging..huhuhu agak sibuk lol..
alhamdulillah.. akhirnye sampai gak kat Bumi Ambia nie..huhuhu..
menjalankan misi sebagai pelajar medic ...InsyaAllah... doakan..huhuhuu
nanti..bila semunya dah stabil...banyakla post tue nanti..huhuhuhu..

got to go...sleppy...Zzzz...

Friday, May 27, 2011

Dah 2 post aku karang pagi nie 27 May 2011..Otak pun dah ting tong..

Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..



Untuk Saudariku Yang  Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian  adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.
.
Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.
Al-Haya’ (malu)  yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..
Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..
.
Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..

Istikharah cinta





Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta.. :)

Selamat Hari Tua Miss...

Wednesday, April 27, 2011

Miss Haliza a.k.a Lecturer Biologi H2 Sem 2

Selamat Hari Jadi Miss..

Khas Untuk Miss
Jgn stress n sedih bila dpt anak murid mcm kami...Kalo dpt anak murid mcm kami jugak jgn kecewa   n jgn marah2  tp kena semangat . Baru ar student bley enjoy.. kalo x, student takowt .Bila dah nak kawen tue jgn lupa antar kad kawen kat kami.. Lastly..We love Miss Haliza..  n kami janji akan belajar ber-sungguh2  n bila kami dah berjaya , InsyaAllah kami xkan lupakan jasa Miss...